SYARAT TEMPAHAN & PENGINAPAN DI CHALET D CERIA CHALET
************************************************************************************

1) HAD TETAMU

• Pelanggan perlu nyatakan JUMLAH PENGHUNI dengan tepat di dalam MAKLUMAT TEMPAHAN. Muatan chalet hanya untuk kapasiti yang dinyatakan seperti di dalam brochure senarai harga. Sila patuhi had jumlah penghuni yang telah ditetapkan
• Jumlah penghuni yang melebihi had yang dinyatakan, perlu ambil unit tambahan untuk keselesaan.Pelanggan tidak dibenarkan membawa tetamu luar yang tidak menyewa/tidak didaftarkan untuk transit atau bermalam di D Ceria Chalet

SYARAT TEMPAHAN & PENGINAPAN DI CHALET D CERIA CHALET
************************************************************************************

2) PARKING KENDERAAN – 1 UNIT KENDERAAN : 1 UNIT CHALET

• Hanya kenderaan yang didaftarkan untuk unit yang ditempah sahaja dibenarkan parking di dalam kawasan chalet. (1 chalet=1 kereta).
• Beri nombor plet & jenis kenderaan semasa mengisi ‘MAKLUMAT TEMPAHAN’. (Jika ada penghuni yang bawa lebih kereta, perlu maklumkan untuk didaftarkan)
• Sila pastikan kenderaan anda diletakkan ditempat parking yang disediakan. Kenderaan yang tidak berdaftar tidak dibenarkan parkir di dalam kawasan D Ceria Chalet.
3) WAKTU PENDAFTARAN
• Daftar masuk : 3.00 petang Daftar keluar : 12.00 tengahari
• LATE CHECK OUT / EARLY CHECK IN
• Bayaran tambahan RM10/jam jika pelanggan ingin daftar masuk awal / daftar keluar lewat dari waktu yang dinyatakan (tertakluk kepada kekosongan semasa)
• .Bagi waktu² puncak, pelanggan diminta supaya tidak datang lebih awal / parking di dalam kawasan chalet sebelum waktu check-in. Ia bertujuan
o mengelakkan kesesakan,
o supaya petugas kami dapat membersihkan kawasan persekitaran & mempersiapkan unit² chalet dengan segera selepas pelanggan check-out.

4) DILARANG MEMASANG KHEMAH di mana² kawasan dan di sekitar Chalet D Ceria untuk tanpa kebenaran pergurusan D Ceria Chalet.
5) DILARANG MEMASAK

• Dilarang membawa tong gas/burner/dapur/periuk elektrik untuk tujuan memasak, kecuali bagi yang menyewa Pondok yang disediakan oleh pihak D Ceria Chalet.Memasak di mana² kawasan chalet D Ceria Chalet adalah tidak dibenarkan sama sekali atas faktor keselamatan dan kebersihan melainkan di Pondok yang telah dinyatakan dan mendapat kebenaran dari pihak D Ceria Chalet

6) FASILITI PONDOK & BBQ SET /

Pihak D Ceria menyediakan

• Sebuah Pondok dan dilengkapi degan RM 70.00
a. Tempat BBQ
b. Tempat basuh makanan
c. Beberapa meja dan pangkin
d. Penyepit & Kipas

• Set Mobile BBQ dan dilengkapi dengan RM 30.00

a) Penyepit & Kipas

• Khemah berukuran (anggaran) 10 x 10 kaki beserta 2 set meja & lapan kerusi RM 30.00

NOTA.

I. Arang, bahan mentah bbq, & peralatan pinggan tidak disediakan
II. Sila maklumkan jika perlukan fasiliti ini semasa mengisi ‘MAKLUMAT TEMPAHAN’.

7) FASILITI KOLAM MANDI

• Fasiliti ini disediakan secara percuma
• Kolam dibuka dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam
• Pihak D Ceria Chalet menyediakan Kolam untuk kanak-kanak dan dewasa berasingan.
• Penunjung hendaklah sentaisa mengawasi tingkah laku anak-anak jagaan mereka bagi mengelakan kejadian tak diingini.
• Pihak D Ceria Chalet tidak menyediakan “LIFEGUARD”. Penunjung adalah bertangguna jawab keatas keselamatan anda dan anak-nak anda
• Pengunjung dan anak-anak anda perlu mematuhi syarat-syarat mandi seperti yang dipaparkan di papan tanda yang diletakan di tepi kolam.

8) PAKEJ MAKAN

• Kami ada menyediakan tempahan ‘PAKEJ MAKAN’, minimum order 2x makan (sarapan pagi, minum petang, makan tengahari, makan malam biasa, makan malam BBQ). Tempahan hanya untuk PELANGGAN YANG MELEBIHI 30 PAX SAHAJA (tidak termasuk kanak² bawah 6 tahun)

• Sila rujuk Pakej & Harga yang di sediakan

• Sila maklumkan jika perlu PAKEJ MAKAN semasa mengisi MAKLUMAT TEMPAHAN.

9) BAYARAN TEMPAHAN

• Semua bayaran tempahan perlu dijelaskan melalui AKAUN BANK. Tarikh pembayaran akan dinyatakan di dalam sebutharga yang diberi.
• Bayaran deposit 50% daripada jumlah bayaran atau bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam jangkawaktu yang ditetapkan
• Baki bayaran jika ada perlu dijelaskan selewatnya 7 hari sebelum tarikh check-in.
• Resit bayaran (setelah bayaran penuh dibuat) akan diserahkan semasa daftar masuk.

10) PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT

• Untuk single booking (tiada bayaran pemprosesan pembatalan)
• Untuk grup booking (lebih 2 unit) bayaran pemprosesan pembatalan tempahan ialah RM100.
• Bayaran akan dipulangkan 100% (setelah ditolak bayaran pemprosesan pembatalan) jika pembatalan dimaklumkan 14 hari sebelum tarikh masuk.
• Bayaran akan dipulangkan 50% (setelah ditolak bayaran pemprosesan pembatalan) jika pembatalan dimaklumkan 7 hari sebelum tarikh masuk.
• Bayaran akan lupus, jika pembatalan dimaklumkan kurang dari 7 hari atau di saat akhir.

11) KEDUDUKAN UNIT CHALET
• Kami tidak akan menjanjikan sebarang kedudukan chalet yang dikehendakki oleh pelanggan dipenuhi.
• Kedudukan unit akan ditetapkan oleh pihak pengurusan D Ceria Chalet tertakluk kepada kesesuaian dan kekosongan semasa.

12) KUNCI DAN REMOTE

• Kunci, remote tv, remote aircond untuk unit yang ditempah akan diserahkan semasa check-in. Sila pulangkan kesemua item berkenaan kepada petugas kami semasa check-out.
• Kehilangan atau kerosakan item² tersebut akan dikenakan bayaran gantirugi RM50/item.

13) BARANG LARANGAN & AKTIVITI TIDAK BERMORAL

• Pelanggan dilarang membawa arak, dadah, ganja dan melakukan aktiviti yang tidak bermoral semasa menginap di D Ceria Chalet. Sekiranya perlu, kami akan meminta bukti surat nikah kepada pasangan yang menyewa.

 

 

14) KESELAMATAN

• Seluruh kawasan chalet dilengkapi dengan litar CCTV. Sila pastikan kenderaan anda berkunci dan menyimpan D Ceria Chalet barangan berharga dengan baik. Pihak D Ceria Chalet tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan / kerosakan barang² anda semasa menginap di D Ceria Chalet.
15) LANGGAR SYARAT TEMPAHAN

• Tempahan akan dibatalkan sertamerta dan pelanggan diminta mengosongkan premis sertamerta sekiranya didapati melanggar syarat² yang telah dinyatakan semasa menginap di D Ceria Chalet.
Sila berikan kerjasama penuh agar pihak pengurusan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memberi keselesaan kepada semua tetamu yang menginap di Chalet D’Aslah.
Terima kasih atas kerjasama anda. Pengurusan
D CERIA CHALET